[♥ A WALK TO REMEMBER ♥]

Lilypie Angel and Memorial tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 6, 2012

MAKAN TIME!!

Hari ini cuti sempena maulidur rasul, lepas hantar my sis dekat rumah kawan dia kat kota damansara, adik saya ajak pergi GM Klang. Cuci mata je. Tak beli apa pun. Besar gak la GM tu, first time pergi sebelum ni dgr org cerita je. Sesuai untuk orang-orang yang nak jadi pemborong.

Lepas tu, singgah plaza alam sentral. Again, cuci-cuci mata je. Then, on the way nak balik tu, my bro dengan my SIL ajak makan western food dekat D'One Steak Restaurant kat seksyen 7. Perhh, sedap western food dia. So sesiapa yang tercari-cari western food boleh la try kat restaurant ni. Ni saya letak gambar pe yang saya and famili saya makan td..Awesome!! :-)




Cheezy Chicken
Harga : RM 12.50




Chicken Gordon Blue
Harga : RM 9.90



Chicken Chop (Breaded)
Harga : RM 8.90

Spagethi
Harga : RM 7.40

Address:
24, Jalan Kristal J 7/J, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Phone Number: 03-5523 5383

Monday, January 23, 2012

HAPPY BIRTHDAY SIS

HAPPY BIRTHDAY19 MY DEAREST SISTER..CIK AIDA
(23-01-2012)


May you have awesome life ahead and get everything you dream for


I'll always be here through thick and thin
You can come to me, I'll listen
I'm your friend, I won't push you away
When you need a hug, my arms are wide open
When you need to talk, I have an open ear
Your growing up and getting older
Know that I'm always here, I'm not going anywhere
Wherever you are, I'm there with you
You’re in my heart and my prayers
Just know I'm here, because I truly care
You’re my sister, you mean so much
Don't want to see you hurt or cry
I'll wipe the tears, I'll get rid of your fears
Want to see you grow up and achieve
Just believe, have faith
You can do anything
You’re beautiful inside and out
You’re smart and very talented
You’re many things, but most all, you’re my sister
I believe in you and know that I'll never stop loving you

Petua untuk BEGOK

Hello...hai semua.

Wah banyak saya nak cerita ini. Orang lain baru start cuti raya cina esok kan, saya dah cuti awal sebenarnya dari selasa minggu lepas. So total cuti raya saya ialah 8 hari . Yahoo...tapi sebenarnya bersebab yer. Alkisahnya..

AHAD, 15 hb Jan 2012 :
Saya berasa amat sakit di bawah pipi. Ada ketulan kecil, bila ditekan rasa amat sakit. So saya tanya famili, abg and adik saya cakap, itu tanda nak demam. Ooo...ok, saya ni pun mengiyakan dan lega la takut la ada ketumbuhan ke apa kan.

ISNIN, 16hb Jan 2012 :
Pagi terasa ketulan macam membengkak dan sakit bertambah sakit. Bahagian bawah pipi sampai ke leher membengkak dengan jayanya.Tapi still pergi kerja sebab ingat takde apa-apa la kan. Malam tu, sakit ni bertambah dan bengkak makin membesar. Terus pergi klinik panel dalam jam 8.00 mlm.Doctor terkejut, sebab bengkak sangat, dan terus periksa. Doctor cakap ni virus kalenjar air liur. Atau lebih common , BEGOK. Tapi tetiba doctor cakap takut kanser. Masa doctor sebut kanser tu, meleleh terus air mata ini. Takotnyer. So doctor ambil darah,adoi sakitnyer kena cucuk jarum. Doctor suruh datang esok harinya jam 3 untuk tengok result. Doctor bagi MC satu hari.

On the way nak balik rumah, mak pesan suruh beli nila dengan cuka untuk kurangkan bengkak. Seeloknya nila serbuk. Cari punya cari kat shah alam ni, satu kedai pun tak jual nila serbuk. Yang ada nila cecair. Beli gak la, dah tak ada kan....

SELASA, 17 hb Jan 2012 :
Cuti dan berehat dekat rumah je. Terbaring dengan bantal yang tinggi menggunung sebab susah nak tido dan leher dah mulai tegang. Tak leh nak gerak kanan kiri. Pipi dengan leher dah bertukar menjadi biru kesan nila dengan cuka. Baunyer, masyaallah busuk sangat. Tapi nak cepat baik pnya pasal, tenyeh gak la kan.

RABU, 18 hb Jan 2012 :
Pagi ni pergi lagi klinik nak cek darah sebab smlm tak pergi. Takot... Pagi ni doc lain, dia tgk bengkak masih tak surut malah bertambah besar. Doctor decide kasi injection. Aduh..takot lagi. Doc suruh datang lagi esok untuk 2nd Injection. Injection ni untuk mengurangkan bengkak dan sakit.Doc bagi MC 2 hari sampai esok.

KHAMIS, 19 hb Jan 2012 :
Jumpa doc yang sama dan bengkak tak surut-surut. Doc decide refer hospital. Mak aihh..namo namo. Dahla esok last day keje. Kan saya berhenti esok kan, nak jmpa la kawan-kawan. huhuhu. Tapi doc still bagi MC esok.

JUMAAT, 20 hb Jan 2012 :
MC hari ke-4, tapi saya still pergi kerja sebab hari ini last day . Datang kerja dengan bengkak di muka yang sangat teruk. Semua pandang semacam sebab bentuk muka dah tak jadi V, dah senget sebelah. Sebelah kanan sangat besar dari bawah pipi hingga ke leher. Tudung pun tak leh nak cover bengkak sebab muka jadi lebar. DUGAAN.... Last day ni pun setengah hari je sebab dapat MC kan, so datang untuk kemas2 barang dan jumpa kawan-kawan. Sedeh sangat sebab minggu last ni minggu pendek untuk saya. Tak sempat sangat nak bergambar dan bermesra-mesra dengan kawan-kawan.

SABTU, 21 hb Jan 2012 :
Bengkak masuh belum surut, ada saudara bagi petua baru, suruh cari terung rembang dan dibuat rantai. Tapi nak buat rantai hanya guna 7 biji sahaja.Tunggu sampai kecut. Kalo kecut terung tu, maka bengkak akan surut. Petua orang dulu-dulu la kan. So pagi tu mak pergi pasar cari terung. Apa lagi saya pun ambil benang buat rantai dan pakai. Kelako sgt sebab tetiba ada bijik2 kecik kat tengkuk saya ni tergantung. Ubat punya pasal, turutkan saja.Lagi satu petua sarang angkut-angkut, sapukan kat bengkak bersama nila dan cuka. Tapi tak jumpa sarang angkut-angkut tu sebab selalunya kat kayu-kayu banyak la.

AHAD, 22hb Jan 2012 :
Bengkak mulai surut sedikit demi sedikit. Alhamdulillah... takpayah pergi hospital. Ubat-ubat tradisional kita boleh membantu sebenarnya. Leher sudah boleh gerak dan makan pun dah banyak sebab mulut dah leh buka besar..Yeye... :-)

Alhamdulillah..dengan izinMU Ya Allah, dugaan ini ku lalui dengan tenang. Dengan usaha ini, KAU makbulkan doaku dan sembuhkan beguk ku ni.

Biasanya begok ni terjadi pada kanak-kanak tapi dewasa pon leh kena macam saya. Begok tak berjangkit dan tiada pantang larang makanan bila kena. Cuma jangan minum ais batu.

Bila kena penyakit Beguk ini, selain ubat dari doktoR, boleh gunakan cara orang lama-lama iaitu caranya sapukan nila dan cuka pada tempat bengkak. Boleh juga sapu sarang angkut-angkut dan buatkan 7 biji terung rembang sebagai rantai dan pakai. Insyaallah, kita hanya berusaha dan berikhtiar, selebihnya kuasa Allah yang menentukan.


Nila


Cuka Makan (Jangan guna cuka getah ye tuan puan, mahu menggelupur kang..)


Terung Rembang


Rantai Terung Rembang sedia untuk dikalung dileher..hehehe

Sunday, January 8, 2012

Nota buat kalian

Bila diri ini di dalam dilema, semua pendapat orang nak ambil kira.Kawan-kawan dan famili lah tempat meluah cerita. Tapi berserah pada DIA yang satu jua akhirnya.

Minggu lalu, saya dalam keadaan yang tak tentu hala. Hilang segala impian dan cita-cita sekejap hanya kerana perasaan keluh kesah. Bila saya tidak mampu berfikir dengan sebaiknya dalam membuat keputusan, bila mana orang lain harus membuat keputusan untuk saya, maka terdetik dalam hati, sedih sebab tidak tahu mana yang harus saya pilih.

Akhirnya keputusan dibuat walaupun pada asalnya berat sangat hati ini hendak meninggalkan tempat kerja yang telah 3 tahun menjadi tempat mencari rezeki. Ada yang mempersoalkan, kenapa nak berhenti? Awak kena fikir pro and kontranya? Apa alasan awak nak berhenti? Dapat kerja mana? Kat sini pun leh career development... Waimanya apa pun yang semua orang fikir, hanya saya yang tahu . Perasaan tak terluah dengan kata-kata.

Ada juga yang kata saya penakut..ada yang kata saya tak patut berhenti hanya sebab jauh dari rumah, bla bla bla. Ada yang bagi cadangan tukarlah department lain, boleh demand, cari pengalaman baru. Ok, iye memang betul, saya boleh kalau saya nak. Tapi peluang apa yang saya ada? Ala...ko tak cuba, mana nak tahu..then, peluang saya ditempat lain itu bukan peluang ke namanya. Bukan pengalaman baru ke namanya.

Semua boleh cakap itu dan ini, saya lama sudah menabur bakti dan jasa di situ, tapi bagaimana mereka menghargai saya? Sedangkan orang lain, setahun dua dah berada di tahap lain, saya masih di situ. Bohong kalau saya kata saya tak kisah la, keje apa pun asal gaji besar. Memang, itu zahirnya, tapi hakikat sebenar terasa kebodohan bila masih berada di takuk lama. Sudah tentu orang akan mempersoalkan kenapa saya masih di situ? Awak tahu kenapa awak tak move? Apa jawapan saya? Entah..sebab saya pun tiada jawapan untuk itu.

Cukupla tempoh itu, bila hasil kerja dan komitmen saya tidak dipandang, buat apa lagi menabur bakti. Senang cerita, bila hati sudah tidak gembira, bla la kan. Kawan-kawan yang lain, yang masuk selepas saya dah naik satu tahap, takpe la pon kalau tak berhenti. Korang dah dapat apa yang korang nak. Gaji pon dah besar, jawatan pun dah sedap. Saya? Tapi bila bab kerja yang orang lain tak tahu nak buat, pandai pulak umpan,yang saya ni pekerja awak yang berpengalaman. Masa ini baru buka checklist kot tengok kerja-kerja yang pernah saya lakukan..atau mungkin baru check dengan HR,saya dah berapa lama kat department tu.

Awak tak pandang pun certificate saya, awak tak pandang pun degree saya, awak tak pandang pun berapa banyak note yang saya pernah handle, Awak tak pandang pun pengetahuan saya dalam department tu. Saya sedih sangat bila awak buat saya macam tu. Bila saya dah hantar tender letter, barula awak cakap awak nak movekan saya. Hohoho..terlambat sudah la awak..
Kenapa baru sekarang, bukan itu caranya kalau awak nak menghargai saya. Itu pancing namanya, bila awak menagih khidmat saya untuk buat kerja. Kenapa tidak dari dulu..Atau mungkin awak nilai saya dari luaran dan fizikal saya. Erm..sedihnya rasa.

Tahu tak siang malam saya fikir bila dapat tawaran ni..saya terpaksa menebalkan suara, merayu pada company baru, nak stay lama. Saya bertekak dengan bakal bos saya.Sesuatu yang sebenarnya memakan diri saya. Tapi Allah itu maha adil, masih ada ruang untuk saya, masih ada rezeki saya di tempat baru.

Semua ini saya lakukan kerana ada orang yang lebih menghargai kerjaya saya. Walaupun bukan dalam bidang yang mereka mahukan, tapi keterbukaan mereka menawarkan jawatan itu, saya anggap satu penghargaan besar buat diri ini. Kalau mereka yang tidak kenal saya, boleh menilai saya sedemikian rupa mengapa tidak awak?Sampai bila harus saya tunggu lagi, belum tentu ada tempat untuk saya di sini.Tiada jaminan pun..:-(((

Keputusan ini amat-amat-amat berat. Tetapi demi masa hadapan ku, demi peluang yang diperoleh ini, keputusan ini saya rasakan terbaik walaupun saya terpaksa membayar untuk mendapatkan peluang itu. Tetapi saya percaya janji Allah, rezeki itu ada di mana-mana, jangan tamak dan redha..itu nasihat abah dan emak. R-E-D-H-A... Saya berserah kini, bagaimana kiranya nanti untung rugi nasib saya di syarikat baru. Wallahualam.

Ya Allah,
Aku hanya nampak yang zahir. Aku hanya nampak apa yang ada didepanku.
Tetapi Engkaulah tuhan yang satu, Yang Maha Mengetahui segala yang tersirat, masa hadapan ku, perjalanan hidupku selepas ini,
Aku memohon agar keputusan ini adalah yang terbaik, berilah aku petunjuk Ya Allah,
Ya Allah Ya Karim, pimpinlah aku, dekatkan aku padaMu, agar aku sentiasa rasa gembira dan bahagia.
Amin .

Kawan-kawan ku, andai kata ketika ini korang terbaca entri ini, percayalah tiada sekelumit dendam pun dalam hati ini terhadap kalian. Keputusan ini tiada kaitan langsung dengan siapa-siapa. Tuhan dah kurniakan rezeki buat kalian dan aku tumpang gembira. Maka bila tiba masa ini, rezeki yang tuhan bagi ini, saya jua berharap kalian semua berasa gembira.

Kawan-kawanku, saya menangis bila kalian mempersoalkan kebongokan saya apabila saya memberitahu keputusan itu. Tahu kenapa? Kerana keputusan itu adalah nasihat mak ayah saya. Saya masih ada mereka, mereka menasihati saya, dan saya menerimanya dan itulah noktahnya.

Setiap dari kita punya kekuatan dan kelemahan, dan saya akui saat itulah kelemahan saya. Tapi hormatilah kelemahan saya itu, jangan lah dilontarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Walhal saya tidak jua menuturkan kata tidak sepatutnya apabila berdepan dengan kelemahan anda. Kerana kelemahan itu, adalah kekurangan yang tuhan bagi pada kita, untuk menguji kesabaran orang-orang yang berada disekeliling kita. Hebatnya kuasa Allah.Nampakkan, bila berdepan dengan kelemahan orang lain, kita akan jadi lebih penyabar..Sabarkan separuh dari iman. Dah dapat pahala..senang nyer.

Kawan-kawanku, setiap detik dan ketika, aku akan merindui kalian. Gelak tawa, senyum manis, gurau senda..semuanya adalah detik indah. Terima kasih kerana mangajar saya apa itu persahabatan. Hubungan yang terjalin ini ibarat keluarga, kakak-kakak dan adik-adik. Sekali lagi, saya memohon maaf andai kata-kata di atas ada yang mengguris perasaan anda, percayalah bahawa saya hanya meluahkan apa yang saya rasa. Saya juga tidak sempurna, ada mengguris perasaan kalian, maka saya memohon maaf, ikhlas dari hati ini. Semoga persahabatan yang terjalin ini, akan kekal ke akhirnya. Terima Kasih akan segala nasihat, dorongan dan semngat yang kalian berikan. Saya menyayangi kalian, dan mendoakan yang terbaik buat kalian semua.

La Tahzan..



Saturday, January 7, 2012

Nak buat apa yer hari ini??

Good Morning..Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi ini.

Pagi-pagi ini buka laptop hadap blog. Tahun ini nak jadi blogger tegar...citt..macam la saya rajin sangat kan. Tapi takpe at least ada misi..jadi ke tak itu belakang kira..kikiki. :-)

Okay.. minggu ni rasa nak duduk umah jer. Sebab last week sabtu ahad kuar. Banyak keje-keje umah yang terbengkalai. Tapi semalam member kol ajak hang out together-gether. So cmner tu?? Postpone lagi niat nak bertapa sambil berexercise kat umah.hehehe..

Tapi pagi-pagi ini buka laptop tetiba teringat azam tahun lepas yang dah tertangguh sampai ke tahun ini. Apa dia tuh? Huahuahua..Godeh Laptop.. Benda senang je pun tapi disebabkan kemalasan yang melanda, leh pulak bawa sampai ke 2012. Apa dahhh cik Azah oi..Malas punya olang.. :p

So sebelum menunggu dijemput kawan-kawan terchenta, nak kemas kini isi kandungan dalam laptop ni. Banyak betol sarang-sarang kat dalam laptop ni yang ntah pe pe ntah, rajin pulak aku menyimpannya. Pastu gambar berdouble-double, bertriple triple..tula masa remove dari kamera, bantai masuk folder memana. Kan dah beranak pinak dalam laptop tu.

Maka dengan itu, pepagi ni nak isytihar *eh tol ke eja yer??..pelik tengok..ermm * Azam tahun ini nak manage file-file dalam laptop dengan cara paling berhemah dan paling sopan. Full stop.

Okay jom kita godeh laptop kita..buang pe yang tak perlu dan simpan apa yang penting-penting ajer.. Let's go!!..Selamat menghadap komputer !!


Friday, January 6, 2012

Welcome 2012

Selamat Tahun Baru!!!!!!

Rasanya belum terlambat nak ucapkan happy new year kepada semua. Alhamdulillah tahun 2011 banyak kenangan untuk diriku samada pahit mahupun manis.

Antara yang pahit paling diingati hingga ke saat ini ialah ketika xcident pada bulan julai dan ogos tahun lalu. Dan tentunya perihal for the 1st time..drive kereta..fuhh..:-) walaupun sudah 8 tahun lamanya memperoleh lesen. Oleh itu saya mesti berterima kasih banyak-banyak kepada abah yang selama ini menjadi pilot saya untuk ke mana-mana.


Apa pun resolusi kita pada tahun ini, saya percaya ia bukanla sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi tidak mustahil untuk digapai asal kita tahu cara dan laluannya. Insyaallah.

Kepada semua...Semoga Tahun Baru ini akan menjadi tahun yang terbaik buat anda..Selamat Menempuh 359 hari yang seterusnya.




Saturday, November 19, 2011

Kita semua cantik

Salam..hai kawan...

Betulke kalau kurus itu sihat dan gemuk itu tidak sihat?Selalunya kalau tengok orang gemuk mesti kita akan cakap dia tak sihat. Ada kolestrol lah, ada kencing manis lah, darah tinggi lah, jantung lah..semuanya akibat berat badan berlebihan. Iye..memang lumrahnya begitu sebab kita terbiasa mendefinisikan orang gemuk itu tidak sihat. Waimanya apa pun yang kita fikir, bentuk tubuh itu bukanlah ukuran untuk mendiagnoskan seseorang itu sakit atau sihat.

Sering kali juga kita beranggapan orang gemuk itu kuat makan dan orang kurus itu makannya sedikit. Maka tidak hairanlah jika kita sering menafsir, eh jaga orang gemuk ni susah, menghabiskan beras . Haish..memandai je buat teori sendiri diaorang nie. Tak baik berkata begitu. Ada bukti ke orang gemuk makan banyak, orang kurus makan sedikit. Teringat saya pada seorang sahabat yang badannya sangat kurus..tapi selera makannya tak padan dengan tuannya. Asyik melantak saja.Kalau amik nasi tu penuh pinggan, kalo bungkus lagi la, nasi je penuh satu polistrin. Jadi janganlah memandai membuat konklusi sendiri tentang tubuh badan seseorang ya. Kenali mereka dahulu, baru komen.

Beginilah fikiran masyarakat kita..kurus itu dipandang cantik, yang gemuk dilihatnya hodoh. Kalau kurus mesti senang dapat kawan. Kalau gemuk sentiasa keseorangan. Kenapa begitu? Adakah hati budi juga dinilai dari bentuk tubuh seseorang? Saya tertanya mengapa ada manusia yang masih berfikiran sempit seperti ini?

Kurus atau gemuk bukanlah pilihan dalam memilih kawan. Bukan juga ukuran yang menentukan sihat atau sakit. Siapa kita untuk membuat pilihan dan pengadilan sedemikian rupa?Bagi mereka yang dianugerahkan bentuk tubuh yang cantik, sihat tubuh badan, janganlah dicerca atau dihina mereka yang tidak sesempurna anda. Barangkali mereka yang anda hina itu lebih mulia dan cantik di sisi Tuhan.

Janganlah disakiti hati mereka hanya kerana mereka tidak sesempurna anda, ingatlah mereka ada hati dan perasaan untuk di sentuh dengan perkara-perkara yang mengembirakan bukannya tingkah laku anda yang menjengkelkan. Letakkan diri anda di tempat mereka, mungkin belum tentu anda sekuat dan setabah mereka. Jadi peliharalah mulut anda dari mengeluarkan kata-kata nista kerana mereka juga berhak bernafas di bumi tuhan ini.

Seharusya kita berlapang dada, rela hati dan bersyukur dengan setiap pemberian dari Nya dalam hal ini, bentuk tubuh badan. Janganlah bersedih dengan bentuk tubuh anda yang kurang cantik dan janganlah ingat anda tidak bahagia kalau anda gemuk kerana sekiranya anda belajar untuk redha dengan pemberian Allah itu, maka kebahagiaan jelas milik anda.

...sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur..(Al-A'raf:144)

dan janganlah kamu hiraukan gangguan-gangguan mereka dan bertawakallah kepada Allah..(Al-Ahzab:48)

Seorang penyair berkata:

Tidak akan meluap ombak laut
sampai membahayakan
hanya kerana lemparan kerikil seorang budak kecil

Jadi bagi mereka yang berbadan gempal dan " comel "...jangan bersedih.
Anda sangat istimewa.